top of page

Disini Lahirnya..

 

Kami telah beroperasi selama 6 tahun dalam bidang songket pada mulanya. Namun ia adalah perniagaan tahunan kami pada asalnya iaitu pada bulan Ramadhan setiap tahun di Jalan TAR. Tapi kami hanya menjual sampin songket shj ketika itu. Setelah mendapati  warisan tradisi nenek moyang kita ini semakin lama seperti semakin basi, kami telah bertekad utk berusaha memelihara warisan ini selagi nyawa masih terlekat di jasad inn shaa allah,   alhamdulillah kami telah berjaya beroperasi secara berterusan dan sepanjang tahun ini. Apa yang boleh dan mampu kami kongsikan kami akan kongsikan nya di sini selagi di beri kemampuan dan keupayaan utk berkongsi inn shaa allah. Moga perjuangan kita ini masih mendapat sokongan dan dorongan dari semua supaya dapat dikekalkan lagi warisan tradisi kita ini.

Servis Kami

 

Kami menawarkan servis penghantaran barang terus sampai ke rumah kepada pelanggan2 kami dengan melalui poslaju ataupun courier yg sewaktu dengannya mengikut permintaan pelanggan. Selain itu, kami akan membantu pelanggan yang memerlukan produk kami dengan kadar segera dengan beberapa cara yang akan kami cadangkan. Kami menawarkan servis ini kerana kami faham masalah yang dialami pelanggan kami dalam ingin memiliki produk songket ini, bukan senang untuk di cari dan faktor masa dan jarak juga menjadi permasalahan dalam mendapatkan produk ini. Oleh itu kami menawarkan servis barang terus sampai ke rumah dan xperlu tunggu masa cuti atau free baru boleh pergi beli. Segalanya kini di hujung jari dan inn shaa allah produk songket kami harganya berpatutan dan pasti puas hati. Jika terdapat apa-apa masalah pd servis dan produk songket kami, bole berhubung terus dgn kami. Kepuasan pelanggan tanggungjawap kami. 

ABOUT songketdoh

bottom of page